Memaparkan catatan dengan label Harga minyak sawit mentah yang tinggi pada masa ini membolehkan pekebun kecil termasuk peneroka FELDA menikmati pendapatan yang tinggi.. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Harga minyak sawit mentah yang tinggi pada masa ini membolehkan pekebun kecil termasuk peneroka FELDA menikmati pendapatan yang tinggi.. Papar semua catatan

Rabu, 27 Julai 2022

Harga sawit tinggi, pekebun kecil raih pendapatan besar

Harga minyak sawit mentah yang tinggi pada masa ini membolehkan pekebun kecil termasuk peneroka FELDA menikmati pendapatan yang tinggi.
Harga minyak sawit mentah yang tinggi pada masa ini membolehkan pekebun kecil termasuk peneroka FELDA menikmati pendapatan yang tinggi. - Foto hiasan - 

KUALA LUMPUR: Harga minyak sawit mentah (MSM) yang tinggi pada masa ini bukan saja memberikan impak positif kepada pasaran tetapi turut membolehkan pekebun kecil termasuk peneroka FELDA menikmati pendapatan yang tinggi.

Niaga hadapan minyak sawit mencatat pada paras penutup tertinggi dalam sejarah pada Jumaat iaitu RM7,105 setiap tan atau naik 2.76 peratus.

Secara umumnya, harga MSM diniagakan lebih tinggi pada Mac 2022, meningkat 15.8 peratus atau RM936.50 kepada RM6,867.00 satu tan berbanding RM5,930.50 satu tan pada Februari 2022.

Harga purata harian MSM telah menjangkau RM8,076.50 satu tan pada 2 Mac 2022 dan ia adalah harga purata harian tertinggi dalam sejarah industri sawit Malaysia.

DISYORKAN UNTUK ANDA
MPOB unjur harga purata sawit RM5,300 pada separuh kedua
Hasil eksport minyak, produk sawit meningkat - MPOB
Harga sawit tinggi dijangka berlarutan sehingga Jun
Peserta industri sawit perlu patuh MSPO 2022

Ketua Pengarah Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), Datuk Dr Ahmad Parveez Ghulam Kadir, berkata peningkatan ketara harga MSM telah menyebabkan harga buah tandan segar (BTS) dan produk berasaskan sawit turut meningkat dengan begitu ketara.

Beliau berkata, peningkatan harga ini telah membantu meningkatkan pendapatan dan keuntungan penggiat industri sawit termasuk pekebun kecil.


Ketua Pengarah Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), Datuk Dr Ahmad Parveez Ghulam Kadir. - NSTP/Aizuddin Saad
Ketua Pengarah Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), Datuk Dr Ahmad Parveez Ghulam Kadir. - NSTP/Aizuddin Saad
"Harga BTS yang tinggi pada ketika ini adalah 'bonus' kepada pekebun kecil sawit bagi meningkatkan ekonomi isi rumah.

"Harga BTS yang dilaporkan oleh pengilang kepada MPOB telah melepasi paras RM1,000 satu tan bermula Oktober 2021 dan dijangka akan terus kekal tinggi pada April 2022," katanya kepada BH baru-baru ini.

Mengulas lanjut, Ahmad Parveez berkata, pekebun kecil dan peneroka FELDA juga bakal mendapat manfaat daripada langkah drastik yang diambil oleh Indonesia untuk menyekat pengeksportan minyak sawitnya.

Beliau berkata, bagi Malaysia selaku negara pengeluar dan pengeksport minyak sawit kedua terbesar dunia, langkah yang diambil oleh Indonesia ini dilihat bakal meningkatkan permintaan eksport ke atas minyak sawit Malaysia.

Tetapi katanya, berikutan masalah pengeluaran minyak sawit yang dihadapi Malaysia pada ketika ini susulan isu kekurangan tenaga buruh, Malaysia dilihat tidak mampu menampung sepenuhnya permintaan eksport yang tinggi yang ditinggalkan oleh Indonesia.

"Justeru itu, ketidakseimbangan permintaan dan penawaran ini dijangka akan menyebabkan harga minyak sawit dan minyak pesaing lain melonjak ke paras yang lebih tinggi.

"Peningkatan harga ini dilihat mampu memberi manfaat kepada sektor perladangan dan sektor pemprosesan sawit di Malaysia.

"Namun begitu, peningkatan permintaan eksport ini memberi cabaran kepada industri hiliran sawit tempatan di Malaysia memandangkan persaingan untuk mendapatkan bekalan bahan mentah minyak sawit kini menjadi semakin sengit.

"Walaubagaimanapun, dasar cukai eksport MSM, minyak isirung sawit mentah (CPKO) dan minyak isirung sawit proses (RBDPKO) yang sedia ada dilihat mampu berperanan dalam memastikan industri hiliran sawit tempatan mendapatkan bekalan bahan mentah minyak sawit yang secukupnya pada harga yang kompetitif," katanya.

Indonesia adalah pengeluar dan pengeksport utama minyak sawit di pasaran minyak dan lemak dunia.

Pada 2021, pengeluaran dan eksport minyak sawit Indonesia mewakili masing-masing 59 peratus dan 56 peratus daripada pengeluaran dan eksport minyak sawit dunia.

Secara keseluruhan, eksport minyak sawit Indonesia mewakili 30 peratus daripada eksport minyak dan lemak dunia.

Pengeluaran MSM negara bagi tempoh Januari hingga Mac 2022 meningkat sebanyak 0.14 juta tan atau 3.9 peratus kepada 3.80 juta tan berbanding dengan 3.66 juta tan untuk tempoh Januari hingga Mac 2021.

Ini adalah disebabkan peningkatan pengeluaran di Semenanjung Malaysia dan Sabah.

Pengeluaran MSM bagi Semenanjung Malaysia dan Sabah masing-masing meningkat sebanyak 0.06 juta tan atau 3.0 peratus kepada 2.09 juta tan.

The automotive aftermarket service industry in Malaysia recorded a positive CAGR of ~% on the basis of revenue in between 2016 and 2021

The automotive aftermarket deals with oil and lubricants, batteries, tires, filters, starters and alternators, coatings and paint consumable...