Selasa, 21 Jun 2022

Sebuah kereta mewah milik bintang bola sepak, Cristiano Ronaldo

PULAU MAJORCA, SEPANYOL – Sebuah kereta mewah milik bintang bola sepak, Cristiano Ronaldo dilaporkan mengalami kerosakan selepas merempuh dinding sebuah kediaman di Pulau Majorca, Sepanyol, lapor akhbar Daily Star semalam.
Ketika kejadian, supercar model Bugatti Veyron berharga £1.7 juta (RM9.1 juta) itu dipandu seorang pekerjanya.

Menurut laporan, Ronaldo dan keluarganya berada di pulau peranginan tersebut bagi menikmati percutian dan dua buah kereta miliknya turut dibawa ke situ.

Pekerja yang memandu kereta itu dilaporkan tidak mengalami kecederaan serius dan dipercayai terdapat lebih daripada seorang berada di dalam kenderaan tersebut ketika kejadian.

Bahagian hadapan supercar tersebut bagaimanapun mengalami kerosakan yang agak teruk.

Penyerang kelab Manchester United itu tiba di Majorca bersama lima anaknya dan pasangan, Georgina Rodriguez pada 14 Jun lalu. 

The automotive aftermarket service industry in Malaysia recorded a positive CAGR of ~% on the basis of revenue in between 2016 and 2021

The automotive aftermarket deals with oil and lubricants, batteries, tires, filters, starters and alternators, coatings and paint consumable...