Memaparkan catatan dengan label Rupanya ini sebabnya.Status pengeluar kereta nasional yang dikaitkan dengan Proton mungkin sudah kurang tepat. #youtubepromotion. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Rupanya ini sebabnya.Status pengeluar kereta nasional yang dikaitkan dengan Proton mungkin sudah kurang tepat. #youtubepromotion. Papar semua catatan

Khamis, 23 Jun 2022

Kereta lejen Proton Iswara dan Saga di ‘gilai’ di UK,


Kereta lejen Proton Iswara dan Saga di ‘gilai’ di UK, rupanya ini sebabnya.Status pengeluar kereta nasional yang dikaitkan dengan Proton mungkin sudah kurang tepat. Ya, ketika ia ditubuhkan pada 1980an, ia satu pencapaian besar dan menjadi kebanggaan rakyat Malaysia. Walaupun perjalanannya penuh liku dan kontroversi, Proton berjaya menempa nama di pentas automotif dunia dan projek ini sememangnya bercita-cita tinggi.

Proton mengembangkan sayapnya di luar negara dan mengimport keretanya sehingga ke Eropah. Ireland menjadi pasaran Eropah pertama bagi eksport Proton, namun kedatangannya sebenarnya lebih ditunggu-tunggu di UK.

Peminat di UK dedahkan sebab Proton Saga dan Iswara lama jadi popular di sana.

Pada 1989, Proton dilancarkan di United Kingdom. Namun, nama “Saga” digugurkan dari model-model yang dijual di sana dan sebaliknya meringkaskannya berdasarkan cc dan trim kereta. Sebanyak 10 varian ditawarkan, dan strategi berani ini membuah hasil apabila Proton berjaya menjadi pengeluar kereta paling pesat berkembang di UK.

Malah, ia juga menjadi tarikan popular apabila sebuah Iswara berwarna merah baldu (digelar sebagai Proton Mpi di UK) muncul di kaca TV menerusi salah satu episod popular Mr. Bean. Ia menarik perhatian warga Malaysia bukan saja kerana lencana Proton muncul di rancangan TV kegemaran ramai, ia juga menunjukkan kemasan warna unik yang tiada di pasaran Malaysia.

Walaupun ia digunakan sebagai prop komedi, Proton mempunyai permulaan yang memberangsangkan di pasaran UK. Malangnya, kejayaannya di peringkat awal tidak bertahan lama. Sedang ia bergelut untuk melepaskan imej “kereta pakcik pencen”, ditambah pula dengan model-model seterusnya yang kurang berdaya saing, Proton akhirnya terpaksa mengundurkan diri dari pasaran negara itu pada tahun 2016 – setelah 141,209 unit terjual di sana sejak 1989.

Walaupun sudah tidak kelihatan sejak 6 tahun lalu, Proton masih dirindui oleh sekumpulan peminat British yang jatuh cinta pada segmen menarik lagi ‘rare’ ini.

The automotive aftermarket service industry in Malaysia recorded a positive CAGR of ~% on the basis of revenue in between 2016 and 2021

The automotive aftermarket deals with oil and lubricants, batteries, tires, filters, starters and alternators, coatings and paint consumable...