Rabu, 18 Mei 2022

Perodua Alza D27A 2022 dibuka untuk tempahan — pelancaran Jun, tiga varian, jangkaan harga RM69k?


Dengan penantian yang semakin hampir untuk pelancaran Perodua Alza serba baru (kod nama D27A), sebilangan pengedar telah mula menerima tempahan bagi MPV berkenaan sebelum pengumuman rasmi oleh Perodua.

Hantaran terkini di Facebook Group berkenaan Alza 2022 ini mendakwa tarikh pelancarannya akan berlangsung seawal bulan depan dan MPV ini akan dijual pada harga dari RM69k. Dan, mereka juga mempelawa pelanggan untuk membuat tempahan dengan yuran serendah RM100.

Pelancaran pada bulan Jun nampak masuk akal memandangkan sebelum ini Perodua telah memaklumkan bahawa pengeluaran bagi Alza lama berakhir April tahun ini, selepas dilanjutkan untuk memberi ruang kepada kelewatan pengeluaran akibat banjir, perintah kawalan pergerakan dan kekangan lain sebelum ini. Awalnya
Kalau betul Alza baru ini bermula RM69k, maka ia kan jadi lebih mahal berbanding model yang digantikan itu. Alza lama dijual dari harga antara RM49,944 dan RM60,525. Ini harga atas jalan tanpa insurans dan dengan pengecualian SST ketika ini. Tanpa rebat SST, Alza lama dijual pada harga antara RM51,490 hingga RM62,690.

Itu juga akan meletakkan Alza lebih mahal berbanding Ativa yang dijual pada harga bermula RM61,500, serta semakin hampir dengan julat harga Aruz. Bagaimanapun, Aruz menggunakan binaan ladder-frame dan pacuan roda belakang sementara Alza menggunakan binaan unibody dan pacuan roda depan.

la baru ini dijangka akan menggunakan platform Daihatsu New Global Architecture (DNGA), ama seperti Ativa CKD serta Toyota Avanza/Daihatsu Xenia terbaru. Ia juga akan lebih besar berbanding model lamanya, walaupun jarak antar rodanya kekal 2,750 mm — lebih panjang daripada Proton Exora (+20 mm) tetapi lebih pendek daripada Mitsubishi Xpander (-25 mm).

The automotive aftermarket service industry in Malaysia recorded a positive CAGR of ~% on the basis of revenue in between 2016 and 2021

The automotive aftermarket deals with oil and lubricants, batteries, tires, filters, starters and alternators, coatings and paint consumable...