✅ Solat
– Jaga Solat 5 Waktu.
Pastikan sentiasa solat awal waktu. Jangan leka dengan kerja.
– Jangan tinggal Solat Dhuha. Sebaiknya buat lebih dpd 2 rakaat tanda kita syukur dengan nikmat yang Allah berikan selama ini.
✅ Syukur
– Rezeki itu apa saja yang memberi manfaat kepada kita walaupun kecil. Maka bersyukurlah sentiasa.
– Sentiasa berdoa agar Allah berikan hati yang sentiasa bersyukur. Amalkan doa ini :
Allahumma inni, ‘ala zikrika, wa syukrika, wa husni ‘ibadatik.
(Ya Allah Ya Tuhanku, bantulah aku dalam mengingatiMu, dan bersyukur kepadaMu, dan dalam memperelokkan ibadah kepadaMu)
✅ Selawat & Zikir
– Amalkan selawat 1000 kali sehari. Boleh bahagikan kpd 200x setiap selesai solat 5 waktu.
– Amalkan Istifar 100 kali pagi & petang
– Setiap kali selepas solat jangan tinggal baca :
Subhanallah 33x
Alhamdulillah 33x
Allahuakbar 33x
Innahaa zaa larizkuna maa lahuu minnafad 33x
(Sesungguhnya inilah rezeki/pemberian Kami kepada mu. Pemberian yang tidak habis2)
✅ Sedekah
– Yakini The Power Of Giving
– Sentiasa bersedekah agar rezeki masuk tanpa putus.
– Setiap hari wajibkan bersedekah sebaiknya sebelum terbit matahari. Cara mudah, gunakan online banking. Setkan favourite bg no akaun sedara yang susah/anak yatim/pusat tahfiz/masjid yang memerlukan.
✅ Senyum
– bila kita dilanda masalah, banyakkan senyum. Senyum juga adalah sedekah.
– Nak mudah rezeki masuk, senyum😊
✅Menyambung Sillaturrahim
– Hendaklah menyambung sillaturrahim jika ingin rezeki dipermudahkan (hadith riwayat Muslim)
– Jaga hubungan persaudaraan terutamanya.
Semoga dapat memberi manfaat😊
Tiada ulasan:
Catat Ulasan