Isnin, 11 Julai 2022

pelancaran kempen cabutan bertuah “INKPressive Prints with Canon” untuk memberi ganjaran atas sokongan berterusan para pengguna produk-produk consumables asli


SHAH ALAM – Sempena ulang tahun ke-35di Malaysia, Canon Marketing Malaysia (“Canon”) mengumumkan pelancaran kempen cabutan bertuah “INKPressive Prints with Canon” untuk memberi ganjaran atas sokongan berterusan para pengguna produk-produk consumables asli.

Kempen cabutan bertuah tersebut akan berlangsung dari 4 Julai hingga 30 September 2022. Untuk berpeluang memenangi hadiah-hadiah mingguan dan utama bernilai lebih RM50,000, pengguna hanya perlu membeli produk-produk consumables asli Canon bernilai RM100 dalam satu resit melalui rakan jualan rasmi yang diiktiraf, menjawab 2 soalan mudah dan menghantar penyertaan mereka melalui laman web Canon “Your Life With Canon”.

Kempen ini terbuka kepada semua rakyat Malaysia. Produk-produk consumables Canon yang boleh dibeli termasuklah katrij dakwat, botol dakwat, toner laser, dram, dan kertas media atau foto. Bagi meningkatkan peluang menang, peserta digalakkan untuk membuat pembelian yang banyak kerana tiada had dikenakan ke atas jumlah penyertaan.


Selain hadiah-hadiah mingguan berupa 2 tiket Legoland Malaysia Triple Park bernilai RM626 setiap satu, para peserta juga berpeluang memenangi hadiah-hadiah menarik lain seperti kamera, projektor mini, pencetak Canon dan Hadiah Utama – sebuah telefon pintar iPhone 13 Pro baharu bernilai RM3,899. Para pemenang akan diumumkan pada 11 November 2022 melalui laman rasmi Facebook dan Instagram Canon.

Produk-produk consumables asli Canon direka sebagai pelengkap yang paling serasi dengan Pencetak Canon bagi memastikan penghasilan cetakan yang menawan, kualiti yang konsisten dan prestasi yang tinggi serta nilai yang terbaik dalam setiap helaian cetakan. Penggunaan produk-produk consumables asli juga membantu memanjangkan hayat dan keutuhan pencetak Canon.

“Kami amat menekankan kepentingan menggunakan produk-produk consumables yang asli bagi mengekalkan produktiviti dan kecekapan para pelanggan kami. Kesedaran tentang kesan negatif akibat penggunaan produk-produk consumables yang tidak asli masih rendah. Oleh itu, melalui kempen ini, kami berhasrat untuk meningkatkan kesedaran dalam kalangan para pelanggan kami mengenai kepentingan dan manfaat menggunakan produk-produk consumables yang asli samping memberi ganjaran untuk pembelian mereka,” kata Sandy Lee, Ketua Jabatan Produk Sistem Pengguna, Canon Marketing Malaysia.

Di Malaysia, Canon adalah peneraju pasaran yang tiada tandingannya dalam industri pencetak inkjet selama 26 tahun berturut-turut sejak 1996 dan dalam industri pencetak laser selama 7 tahun berturut-turut sejak 20151. Selari dengan etos jenamanya iaitu “Delighting You Always,” jenama tersebut konsisten dalam usahanya mendidik pengguna dengan menyediakan pelbagai panduan pencetakan untuk mencapai kualiti pencetakan dan prestasi pencetak yang optimum, serta untuk mengenal pasti produk-produk tiruan supaya dapat Menikmati kualiti tinggi yang dihasilkan melalui produk-produk Canon.  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

The automotive aftermarket service industry in Malaysia recorded a positive CAGR of ~% on the basis of revenue in between 2016 and 2021

The automotive aftermarket deals with oil and lubricants, batteries, tires, filters, starters and alternators, coatings and paint consumable...